Sesi mengaji Al-Quran lahirkan pelatih GIATMARA positif

Pelatih, Muhammad Luqman Hakim A’riff, 18, memanfaatkan telefon pintar untuk menyahut kempen #MalaysiaNgaji, Rabu lalu.

Pelatih, Muhammad Luqman Hakim A’riff, 18, memanfaatkan telefon pintar untuk menyahut kempen #MalaysiaNgaji, Rabu lalu.

MUADZAM SHAH – GIATMARA Muadzam Shah bukan sahaja meletakkan kecemerlangan pelatih dalam bidang kemahiran, malah aspek sahsiah juga menerusi sesi mengaji Al-Quran setiap Khamis.

Pengurusnya, Fadzilah Abu Bakar berkata, sesi itu dilakukan selepas selesai program keagamaan yang menjadi antara modul GiatMara.

Menurutnya, sesi mengaji al-Quran itu memberi kesan positif kepada pelatih sekali gus mereka dapat memperbaiki tahap kemahiran bacaan dari segi tajwid dan sebutannya.

“Kita ambil sebahagian masa daripada kelas agama itu untuk membuat bacaan al-Quran dan setakat ini kita nampak perubahan kepada pelatih-pelatih,” katanya kepada pemberita pada Program #MalaysiaNgaji di dewan kuliah bengkel itu.

Program berkenaan disertai 17 pelatih termasuk dua tenaga pengajar yang memimpin bacaan.

Dalam pada itu, Fadzilah berkata, program itu diharap itu dapat memberi kesan yang baik kepada pelatih.

“Bukan sahaja cemerlang kemahiran, malah sahsiah pelatih juga dan kita harap mereka memahami maksud setiap ayat yang tertulis dalam al-Quran,” katanya.

Sementara itu, seorang pelatih, Muhammad Luqman Hakim A’riff, 18, yang ditemui berkata, Program #MalaysiaNgaji antara pengisian terbaik Ramadan.

“Mengaji al-Quran ni ibadah dan saya harap program #MalaysiaNgaji ini  nanti mendapat lebih ramai penyertaan pelatih pada masa depan,” katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/pahang/sesi-mengaji-al-quran-lahirkan-pelatih-giatmara-positif-1.538508

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.