MARA catat prestasi terbaik bantu lahirkan usahawan bumiputera

290616-LEAD-6

KENINGAU: Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) Sabah mencatatkan prestasi terbaik di negeri ini dalam membantu melahirkan lebih ramai usahawan dari kalangan bumiputera.

Pengarahnya, Haji Ruzlan bin Abdul Malek berkata, ini disebabkan pihak MARA menawarkan pelbagai tawaran yang tidak membebankan para usahawan sehingga menjadikan mereka berjaya dan mempunyai perniagaan sendiri ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Simfoni Ramadan anjuran MARA Keningau disalah sebuah hotel di sini pada Isnin.

Justeru itu katanya, pihak MARA akan terus menambahbaikkan dan menjenamakan semula pelbagai bidang sediada yang ditawarkan oleh para usahawan di seluruh negeri ini.

Pada masa sama, beliau juga turut merakamkan penghargaan kepada agensi kerajaan dan swasta berkaitan kerana sentiasa memberi kerjasama terhadap usaha pihak MARA selama ini.

IMG-20160630-WA0009 IMG-20160630-WA0011 IMG-20160630-WA0013 IMG-20160630-WA0017

Sementara pada program itu, MARA Sabah turut menyampaikan sumbangan raya kepada anak-anak yatim dari Rumah anak yatim Tambunan.

Hadir sama Pegawai MARA Daerah Keningau Mohd Zairulfiza Mohd Zain, Pengurus Bank Rakyat Keningau Abdul Aziz Zainol Din, Pengurus, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau Nik Nadzri Nik Zawawi, GiatMara Pensiangan Jaideh Andayol, Pengurus GiatMara Keningau Jamidol Alip, Pengurus GiatMara Tenom Norhazrilah Latif dan Pengurus Perkeso Keningau Maidin Mursidi.

Sumber : http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/7539

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.