KPTM Kampus Bera dibuka hujung tahun ini

PENGERUSI Kolej Poly-tech Mara (KPTM), Ahmad Nazlan Idris (tengah) bersama ibu tunggal daerah Jerantut ketika hadir menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 100 ibu tunggal dalam program Titian Kasih Parlimen Jerantut Anjuran Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal Jerantut di Dewan SK Jerantut Jaya.

PENGERUSI Kolej Poly-tech Mara (KPTM), Ahmad Nazlan Idris (tengah) bersama ibu tunggal daerah Jerantut ketika hadir menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 100 ibu tunggal dalam program Titian Kasih Parlimen Jerantut Anjuran Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal Jerantut di Dewan SK Jerantut Jaya.

JERANTUT: Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kampus Bera dijangka dapat memulakan operasi selewat-lewatnya hujung tahun ini. Pengerusi KPTM, Ahmad Nazlan Idris, lokasi kampus yang akan menyewa bangunan kedai itu sudah dikenal pasti dan pengambilan pelajar dijangka boleh dimulakan menjelang Oktober. Katanya, pengambilan kumpulan pertama pelajar KPTM Kampus Bera akan diberi keutamaan kepada generasi muda tempatan. “Lokasi kampus itu sudah ada di bandar baharu Bera iaitu laluan ke pekan Triang berhampiran kawasan Kompleks Rakan Muda Bera. Untuk kampus ini, kita akan tawarkan pengajian di peringkat diploma berkaitan agroteknologi dan pelancongan. “Selain itu, kita akan buka kampus mini KPTM di Jerantut, tahun depan, khusus untuk pengajian dalam bidang pelancongan,” katanya ketika ditemui di Program Titipan Kasih Parlimen Jerantut anjuran Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal Jerantut di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut, di sini, hari ini. Ahmad Nazlan berkata, penawaran kursus agropertanian itu adalah bagi mendedahkan pelajar mengenai kaedah pertanian moden yang menjanjikan pulangan lumayan. “Ramai belia tidak tahu bahawa pendapatan diperoleh melalui aktiviti pertanian ini sangat lumayan jika dilakukan dengan sistematik. Kaedah fertigasi sebagai contoh, kita boleh memaksimumkan penggunaan tanah yang terhad dengan menanam pelbagai jenis buah-buahan atau sayur-sayuran,” katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/166196

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.