Sifat malas lemahkan umat Islam – Raja Muda Perlis

perlis

SANDAKAN – Sifat malas segelintir umat Islam menjadi punca kelemahan serta kemunduran dalam bidang ekonomi, politik dan keilmuan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sifat malas turut menyebabkan umat Islam mundur, lemah serta mudah dikalahkan oleh musuh-musuh Islam.

“Sementara, sifat malas bekerja hanya mengundang kesempitan hidup, sentiasa menagih simpati orang lain selain merendahkan kualiti serta kesejahteraan hidup.

“Islam amat mengalakkan umatnya mempertingkatkan taraf kehidupan dengan pengukuhan ekonomi.

perlis2

“Malah, Islam tidak melarang umatnya menceburi pelbagai bidang kerjaya dengan syarat tidak sesekali melanggar hukum syara,” titah baginda pada Majlis Berbuka Puasa, Solat Tarawih dan Witir di Masjid Daerah Sandakan di sini semalam.Program lawatan kerja Tuanku Syed Faizuddin selama empat hari di sini bermula Isnin berakhir hari ini dengan program Titian Kasih Mega 2016 Peringkat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Mohammad Fuad Stephens. – K! ONLINE

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz4BnBopnsd
Hakcipta terpelihara

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.