Elaun Institut Kemahiran MARA masih kekal pada kadar sedia ada

20130627kl03

SUNGAI BESAR, Isnin – Tiada sebarang pengurangan bayaran elaun bulanan kepada pelajar di institut pengajiannya di seluruh negara oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menempelak Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa elaun pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) dikurangkan daripada RM250 kepada RM125.

Tegasnya, semua elaun pelajar dikekalkan pada kadar sedia ada.

“Dakwaan itu fitnah semata-mata, MARA tidak mengurangkan jumlah elaun yang diberi kepada pelajar kami, malah untuk tahun ini MARA mengeluarkan kira-kira RM700 juta untuk tajaan pelajar cemerlang bagi melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara.

“Dia (Rafizi) memang suka menabur fitnah,” katanya yang mengulas dakwaan itu dalam sidang akhbar selepas membuat tinjauan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, semalam.

Sumber : http://www.ismaweb.net/2016/06/elaun-institut-kemahiran-mara-masih-kekal-pada-kadar-sedia-ada/

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.