TPM Cadang Pembinaan MRSM Untuk Anak-Anak Anggota Polis

Tpm%20perak2

KUALA KANGSAR, 12 Jun – Bakal Dibina. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kerajaan akan membina sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) khusus untuk anak pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Perak, tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kemudahan pendidikan itu sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada warga pasukan itu.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, MRSM itu juga yang kedua khusus kepada anak warga polis selepas MRSM sama beroperasi di Kulim, Kedah.

“Kita tahu anak tentera ada MRSM, jadi anak polis juga kena ada.

“Kita bukan cemburu dengan pasukan lain, tetapi saya mahu menghargai anak-anak polis,” katanya ketika berucap pada majlis lawatan ke Markas Tektikal (Martek) PDRM, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau memberi jaminan kemudahan kuarters akan diberi perhatian supaya setiap anggota dapat tinggal di rumah yang selesa.

Katanya, beliau juga mahu elaun petugas PDRM yang terbabit dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dibayar sebelum Aidilfitri.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar paling aman dalam sejarah PRK di negara ini.

Beliau memberi penghargaan kepada PDRM kerana berjaya memastikan keamanan dan keselamatan perjalanan PRK kali ini. – WD MY

 

 

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.