Rafizi fitnah Mara lagi

is2

SABAK BERNAM 12 Jun – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyangkal dakwaan pembangkang kononnya elaun bulanan penuntut di Institut Kemahiran Mara (IKM) dikurangkan dari RM250 kepada RM225.

“Saya difahamkan Rafizi (Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli) mengatakan elaun bulanan Mara dikurangkan dalam ceramahnya malam tadi di Sungai Besar.

“Ingin saya maklumkan bahawa Mara tidak pernah pun mengurangkan elaun untuk penuntut IKM, malah mana-mana institusi lain,” katanya.

Beliau menafikan tohmahan Rafizi itu dalam sidang akhbar selepas melawat Maktab Rendah Sains Mara Sungai Panjang di sini hari ini.

Menurutnya, Rafizi tidak pernah serik menabur fitnah terhadap kerajaan pusat terutama Mara.

“Dahulu pun dia buat fitnah bahawa kerajaan menghentikan penajaan biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE

Sumber : http://m.utusan.com.my/berita/politik/rafizi-fitnah-mara-lagi-1.341640#sthash.euuiAgXi.dpuf

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.