MARA guna kepakaran bangunkan tanah rizab Melayu

ism

Menteri Kemajuan Lu­ar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak ditubuhkan pada 1 Mac 1966, Mara banyak menjalankan pelbagai akti­viti pembangunan untuk kepentingan orang Me­la­yu dan bumiputera.

“Kerajaan menyambut baik kepercayaan Majlis Perundingan Melayu (MPM) terhadap Mara untuk membangunkan tanah rizab Melayu di negara ini.

“Meskipun, Mara tidak pernah membangunkan tanah rizab tetapi dalam tempoh 50 tahun ditubuhkan, banyak tanah-tanah milik Mara telah diusahakan dengan pelbagai aktiviti pemba­ngunan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas saranan Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundingan MPM, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang meminta kerajaan memberi mandat me­nguruskan tanah rizab Melayu kepada Mara.

Menurut Abdul Aziz, terdapat satu akta di bawah Akta Mara 1966 yang membenarkan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu menubuhkan badan-badan bagi tujuan yang sama.

Dalam perkembangan yang sama, Ismail Sabri berkata, Mara juga bersedia duduk berbincang dan bekerjasama dengan mana-mana agensi pembangunan ta­nah rizab Melayu sedia ada.

“Jika mandat tersebut diberikan kepada Mara, kita akan berbincang dengan agensi sedia ada dan bersama-sama merangka pelan strategik bagi memba­ngunkan tanah rizab Melayu yang terbiar,” katanya.

 

– See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/mara-guna-kepakaran-bangunkan-tanah-rizab-melayu-1.341837#sthash.34gpskPL.dpuf

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.