Dakwaan Rafizi Elaun Pelajar IKM Dikurangkan Hanya Fitnah

a34t9328

SUNGAI BESAR, 12 Jun (Bernama) — Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menempelak Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang sengaja memfitnah Majlis Amanah Rakyat (Mara) apabila mendakwa elaun pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) dikurangkan daripada RM250 kepada RM125.

Tegasnya Mara tiada melakukan sebarang pengurangan bayaran elaun bulanan kepada pelajar di institut pengajiannya di seluruh negara dan semua elaun pelajar dikekalkan pada kadar sedia ada.

“Dakwaan itu fitnah semata-mata, Mara tidak mengurangkan jumlah elaun yang diberi kepada pelajar kami, malah untuk tahun ini Mara mengeluarkan kira-kira RM700 juta untuk tajaan pelajar cemerlang bagi melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara.

— BERNAMA

Sumber

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.