UniKL Berhasrat Mewujudkan Program Pensijilan Dengan Kerjasama Darul Quran

2

Untuk merealisasikan hasrat UniKL dalam mewujudkan Program Pensijilan Jakim-UniKL, beberapa orang pegawai dari Unit Kurikulum Darul Quran telah dijemput dalam Bengkel Semakan Kurikulum Jakim-UniKL Dan Proses Temuduga Pelajar pada 5 Mei 2016 bertempat di UniKL MESTECH, Kajang Selangor.

Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Azman Yusof Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar kampus UniKL MICET. Sementara wakil Darul Quran diketuai oleh Pen. Pengarah Kanan Unit Kurikulum, Us. Haji Mohd Nazri Bin Abdullah, serta 2 orang pegawai Unit Kurikulum iaitu Us. Mohd Fazli Bin Mohd Azali dan Ust. Faizah Binti Ahmad Akhri.

 

Tujuan bengkel ini diadakan untuk berbincang berkenaan dengan proses dan prosedur-prosedur yang perlu dilaksanakan oleh UniKL bagi permohonan untuk mengadakan Program Pensijilan Jakim-UniKL. Selain itu, kedua-dua pihak juga telah berbengkel berkenaan tatacara temuduga pengambilan pelajar bagi program ini di samping kedua-dua pihak juga berbincang berkaitan pembentukan proforma Program Pensijilan Jakim-UniKL.

 

Seramai 21 orang pensyarah dari kampus MSI, MTEC, MICET, BMI, MFI, RCMP, MIAT, MIMET, MIIT, UBIS, IPROM dan MESTECH UniKL yang terlibat dalam bengkel ini antaranya ialah Us. Azhar Bin Aziz, Us. Fahrul Irfan Bin Ishak, Prof. Madya Dr. Azman Bin Yusof, Ust. Siti Rohani Binti Ahmad, Us. Mohd Adri Bin Che Din @ Abdul Kadir, Us. Muhammad Iqbal Bin Samadi dan Dr. Norsazali Bin Abdullah.

 

Majlis penutup bengkel ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Pn. Wan Suriyani Binti Che Wan Ahmad, Timbalan Pengarah 1 Pusat Canselori Pembangunan Pelajar UniKL MICET.

Sumber

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.