42 peserta tamat kursus urutan tradisional Melayu

Peserta Kursus Urutan Tradisional Melayu bergambar bersama Pengarah GiatMARA Johor, Mohamad Merjuki Kasanwidi (duduk tiga kiri) selepas Majlis Penyampaian Sijil Kursus Long Life Learning (3L) di Komuniti GiatMARA Ledang, Tangkak. - Foto Hai Rozzaman Jalal

Peserta Kursus Urutan Tradisional Melayu bergambar bersama Pengarah GIATMARA Johor, Mohamad Merjuki Kasanwidi (duduk tiga kiri) selepas Majlis Penyampaian Sijil Kursus Long Life Learning (3L) di Komuniti GiatMARA Ledang, Tangkak. – Foto Hai Rozzaman Jalal

TANGKAK: Seramai 42 peserta menamatkan Kursus Urutan Tradisional Melayu anjuran Komuniti GIATMARA Ledang menerusi pembelajaran sepanjang hayat (3L) membabitkan lima siri sebelum memperoleh sijil masing-masing. Pengurus Kanan Komuniti GIATMARA Ledang, Mohd Jinal Selamat, berkata kursus yang pertama kali diperkenalkan itu membantu meningkatkan pengetahuan peserta selain memberi ruang mereka menambah pendapatan dalam aktiviti berkenaan. Katanya, kursus itu dijalankan secara separuh masa pada hujung minggu dan sasaran peserta adalah dalam kalangan individu yang boleh mengurut tetapi ingin memperkukuhkan teknik urutan mereka.

~ Sumber : http://www.bharian.com.my/node/161517?m=1

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.