Kampus baharu UniKL di Bera

unikl

KUALA LUMPUR 3 Jun – Universiti Kuala Lumpur (UniKL) meningkatkan daya saing dalam menawarkan pengajian vokasional dengan pewujudan kampus baharu institusi pengajian tinggi swasta itu di Bera, Pahang.

 

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Ibrahim Ahmad berkata, kawasan dan tapak kampus baharu di Bera telah dipilih.

 

“Apabila segala prosedur selesai, tender pembinaan akan dbuka,,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Jasamu Dikenang sempena Persidangan Majlis Pengetua Sekolah Negeri Pahang di UniKL Kampus Gurney di sini semalam.

 

Turut hadir Pengerusi UniKL, Datuk Dr. Adham Baba.

 

Sebanyak 14 pesara pengetua diraikan dalam majlis itu.

 

Ibrahim berkata, pembinaan kampus dibawah Rancangan Malaysia Ke-11 ( RMK-11) akan memberikan pengkhususan dalam bidang teknologi kejuruteraan hidro.

 

“Inisiatif ini pasti membolehkan UniKL memainkan peranan dalam membantu pembangunan negara melalui potensi-potensi yang belum direalisasikan,” katanya.

 

Beliau berkata, UniKL akan terus mengorak langkah dalam bidang penyelidikan dengan penawaran yang memenuhi kehendak industri.-UTUSAN ONLINE

 

Sumber : http://m.utusan.com.my/pendidikan/kampus/kampus-baharu-unikl-di-bera-1.338121#sthash.ICe1MqK6.dpuf

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.