1,890 pelajar cemerlang SPM 2015 terima biaya MARA

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (tiga dari kanan) bergambar bersama pelajar dan ibubapa selepas menyampaikan surat tawaran pembiayaan pelajar cemerlang pada Program Pemimpin bersama Pelajar Cemerlang Mara di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Ledang. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (tiga dari kanan) bergambar bersama pelajar dan ibubapa selepas menyampaikan surat tawaran pembiayaan pelajar cemerlang pada Program Pemimpin bersama Pelajar Cemerlang Mara di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Ledang. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD

TANGKAK: Seramai 1,890 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 dari seluruh negara terpilih untuk menerima tawaran pembiayaan di bawah Program Pelajar Cemerlang Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2016.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata program itu sebahagian komitmen berterusan MARA bagi memastikan pelajar Bumiputera diberi peluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang strategik sama ada di dalam atau luar negara.

“Seramai 1,890 pelajar lepasan SPM 2015 akan menerima tawaran di bawah program ini iaitu 795 pelajar bagi program persediaan ijazah luar negara, manakala 350 pelajar untuk program persediaan ijazah dalam negara dan 745 pelajar lagi bagi program diploma pelajar cemerlang.

“Bagi tujuan itu, MARA turut memperuntukkan dana kira-kira RM10 juta. Selain program ini, MARA turut memperuntukkan RM2 bilion setahun bagi memberi pembiayaan dan menaja pelajar melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di universiti awam (UA) atau di luar negara,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Pelajar Cemerlang MARA di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ahli Majlis MARA, Datuk Ariss Samsudin; Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Abdul Aziz Hasan dan Pengarah MARA Johor, Teh Arfah Kamarul Zaman. Pada majlis itu, seramai 106 pelajar cemerlang dari Johor dan Melaka yang mewakili zon selatan menerima tawaran untuk mengikuti program terbabit bagi tahun ini.

Program sama yang dipecahkan kepada empat zon sudah diadakan di Kuala Lumpur bagi zon tengah pada 31 Mei lalu dan zon timur di Besut Terengganu yang diadakan semalam. Bagi zon utara pula akan diadakan pada di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Kangsar, Perak pada 4 Jun ini.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/160114?m=1

 

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.