Pelatih GIATMARA jadi usahawan pendingin hawa

MAHMUD ZAKARIA (dua dari kanan) beramah mesra dengan sebahagian penerima sijil kursus berkaitan pendingin hawa anjuran GiatMara di Permatang Pauh, Bukit Mertajam, kelmarin.

MAHMUD ZAKARIA (dua dari kanan) beramah mesra dengan sebahagian penerima sijil kursus berkaitan pendingin hawa anjuran GIATMARA di Permatang Pauh, Bukit Mertajam, kelmarin.

PERMATANG PAUH 1 Jun – Peluang menyertai kursus Sistem Peng­udaraan Pendingin Hawa di GIATMARA Julai tahun lalu membuka mata Mohd. Ariq Amir untuk terlibat secara serius dalam bidang berkaitan.

Malah sebaik sahaja menamatkan kursus pada awal Ja­nuari lalu, dia memberanikan diri membuka perniagaan sendiri dengan sokongan dan dorongan daripada tenaga pengajar di GIATMARA Permatang Pauh dan Pusat latihan JMF.Menurut Mohd. Arif, 22, sebelum menyertai kursus itu, dia langsung tidak mempunyai dalam bidang berkaitan pen­dingin hawa selain tidak nampak peluang yang ada.

“Selepas tamat kursus, de­ngan dorongan daripada tenaga pengajar, saya tekad membuka perniagaan sendiri dalam bidang penyelenggaraan pendi­ngin hawa.

“Saya lihat peluang cerah dan terbuka luas dalam bidang ini serta mampu menjana pendapatan yang agak tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menerima sijil tamat kursus itu di sini hari ini.

Sebanyak 40 pelatih dalam bidang pendingin hawa serta kap­ten koc dan pengangkutan menerima sijil tamat kursus yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Fokus Group Pemba­ngunan Belia, Wanita dan Ke­sejahteraan Rakyat Bumiputera negeri, Datuk Mahmud Zakaria.

Yang turut hadir, Pengerusi GiatMara, Datuk Azian Osman dan Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera negeri, Mohd. Noor Rejab.

Sementara itu, Muhammad Hafizuddin Said berkata, ilmu yang diterima sepanjang kursus itu amat berguna ketika menjalankan perniagaan sendiri kerana pelanggan lebih yakin dengan mereka yang memiliki kelulusan GIATMARA.

“Sebelum menyertai kursus ini, saya cuma membantu beberapa rakan dalam kerja-kerja berkaitan pendingin hawa dan selepas tamat kursus, saya membuka perniagaan saya sendiri.

“Saya menyeru belia di luar sana tampil mendapatkan ilmu dalam bidang ini kerana banyak peluang untuk menjana pendapatan serta kemahiran yang akan diperoleh,” ujarnya.

Jelasnya, para belia juga tidak harus malu untuk bermula dari bawah dengan mendapatkan ilmu yang sesuai dan terlibat secara langsung dalam perniagaan.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/pelatih-giatmara-jadi-usahawan-pendingin-hawa-1.337522#sthash.3zHOUrjN.dpuf

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.
%d bloggers like this: