Keputusan guna pakai pindaan akta kuasa negeri

Ismail Sabri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran (Universiti) Pelajar Cemerlang Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada lebih 300 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015.

Ismail Sabri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran (Universiti) Pelajar Cemerlang Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada lebih 300 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015.

KUALA LUMPUR – Keputusan untuk mengguna pakai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), jika diluluskan Parlimen, terletak kepada negeri, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata mengikut Perlembagaan Persekutuan, sebarang pelaksanaan undang-undang yang berkaitan Islam hanya diletakkan di bawah bidang kuasa negeri.

“Sekiranya diluluskan, (pindaan) ini tidak diterima secara automatik oleh semua negeri kerana kita sedia maklum, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menerima pakai undang-undang yang ditambah baik itu.

“Sarawak dan Sabah sebelum ini sudah lama menyatakan tidak akan menerima pindaan undang-undang Syariah. Pulau Pinang juga tidak mahu menerima. Ini jelas walau apa yang berlaku, ia masih terserah kepada kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibentangkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada Khamis lepas.

Ismail Sabri berkata pindaan usul itu hanya untuk menambah baik hukuman terhadap kesalahan dalam Islam, yang hanya terpakai bagi orang yang menganuti agama Islam sahaja.

Terdahulu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran (Universiti) Pelajar Cemerlang Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada lebih 300 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015.

Dalam ucapannya, beliau berkata sebanyak 1.2 juta orang telah menerima manfaat daripada pelbagai program Mara termasuk 30 peratus daripada mereka merupakan tenaga kerja mahir dan separa mahir yang memenuhi keperluan industri kritikal negara. – Bernama

Sumber

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.