9 pelatih GIATMARA ke Abu Dhabi

KETUA Pegawai Eksekutif GIATMARA, Datuk Mohd Rosdi Ismail (empat dari kiri) beramah mesra dengan Graduan Terbaik, Mohd Zulfadzli Shah Abdullah, 21, (empat dari kanan) dan rakan seperjuangannya di Majlis Graduasi GIATMARA Cawangan Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

KETUA Pegawai Eksekutif GIATMARA, Datuk Mohd Rosdi Ismail (empat dari kiri) beramah mesra dengan Graduan Terbaik, Mohd Zulfadzli Shah Abdullah, 21, (empat dari kanan) dan rakan seperjuangannya di Majlis Graduasi GIATMARA Cawangan Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu. – Foto Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Sembilan wakil GIATMARA termasuk lima wanita bakal mewakili negara ke World Skills Competition (WSC), Abu Dhabi, tahun depan. Bagaimanapun semua pelatih itu perlu melepasi ASEAN Skills Competition (ASC) yang akan berlangsung September ini di Kuala Lumpur. Mereka adalah pelatih yang menjalani latihan dalam bidang Spa dan Kecantikan, Pendawaian Elektrik, Fesyen dan Pakaian dan Teknologi Automotif. Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Datuk Mohd Rosdi Ismail, berkata semua pelatih diberi sokongan padu oleh GIATMARA supaya berusaha untuk terpilih ke Abu Dhabi. “Pada 2014 lima wakil GIATMARA dalam bidang Teknologi Bangunan Berasaskan Batu-bata., Spa dan Kecantikan, Pendawaian Elektrik dan kimpalan menyertai WSC dan berjaya mendapat sijil yang diiktiraf di peringkat dunia. “Pencapaian ini menunjukkan pelatih kita mampu bertanding di peringkat antarabangsa,” katanya ketika merasmikan Majlis Graduasi GIATMARA Kelantan, hari ini. Seramai 539 graduan diiktiraf pada majlis itu yang turut dihadiri Pengarah GIATMARA Negeri Kelantan, Mohammad Sadzilan Mohd Saad. Mohd Rosdi berkata, GIATMARA menghasilkan 23,000 graduan setahun untuk memenuhi permintaan kemahiran termasuk di luar negara. “Mengikut bancian GIATMARA, sebanyak 85 peratus daripada pelatih kami mampu memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. “Bermula tahun ini kami menyasarkan 90 peratus kebolehpasaran sekali gus menepati Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kami,” katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/159146

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.