UniMara mula operasi Julai ini

13301414_10154342748041282_8876604380641722492_o

PADANG BESAR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memulakan operasi Universiti Majlis Amanah Rakyat (UniMara) pada bulan depan dengan pengambilan 150 hingga 200 pelajar sulung.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bangunan universiti terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Universiti ini akan menumpukan tiga kursus utama iaitu polisi awam dan kepimpinan, pembangunan peribadi dan kejuruteraan.

“Yuran yang bakal dikenakan adalah kompetitif bagi setiap pelajar,” katanya kepada pemberita sempena program Majlis Sambutan Hari Pekerja Mara 2016 di Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri di sini hari ini. – K! ONLINE

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0528&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz4ANk4oqfw

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.