UniKL dedah kepimpinan prihatin kepada penuntut

Wan Mohammad (tengah) dan Sohaimi (kanan) menyerahkan replika cek kepada Rumah Anak Yatim Teratak Che Dah.

Wan Mohammad (tengah) dan Sohaimi (kanan) menyerahkan replika cek kepada Rumah Anak Yatim Teratak Che Dah.

BAGI mengasah bakat kepimpinan, penuntut Pusat Pengajian Perniagaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) membelanjakan RM55,000 menganjurkan Malam Amal Kasih UniKL bersama Rumah Anak Yatim Teratak Che Dah, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, baru-baru ini.

Pengurus projek, Khairul Anwar Kamaruzaman berkata, perbelanjaan hasil kutipan penuntut pusat pengajian tersebut yang mengambil subjek kepimpinan sepanjang satu semester, menerusi pelbagai aktiviti, termasuk jualan amal dan tajaan daripada syarikat korporat serta individu.

“Seramai 30 anak yatim dari Teratak Che Dah, Rawang diraikan yang juga malam penutup 130 penuntut subjek kepimpinan, Pusat Pengajian Perniagaan UniKL.

“Kami salurkan sumbangan wang, bekalan makanan dan kelengkapan sekolah kepada anak yatim ini,” katanya.

Khairul Anwar berkata, tujuan program itu bagi mendedahkan penuntut UniKL menguruskan acara, selain berani berhadapan dengan orang ramai dan tokoh korporat.

Majlis dihadiri Pengarah Pusat Jaminan Kualiti UniKL, Prof Dr Wan Mohammad Wan Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.

~ Sumber : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/unikl-dedah-kepimpinan-prihatin-kepada-penuntut-1.524460

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.