Seminar Biz Channel @ MARA Global Market

portal BIZCHANNEL 16 BM ewarta

23 Mei 2016 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan akan mengadakan program Seminar Biz Channel @ MARA Global Market pada 25 Mei 2016 (Rabu) dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Dewan Utama, Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Seramai 120 orang usahawan Bumiputera yang menjalankan perniagaan food & beverage akan terlibat di dalam program ini. 

           Seminar percuma ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan input berkenaan peluang menembusi pasaran dan penjualan produk ke peringkat global khususnya ke Singapura, Thailand, Indonesia dan China. Dua agen pemasar yang dijemput di dalam seminar tersebut adalah Hajah Aminah Food Industries yang akan membawa produk ke My Outlets Singapura &  China, manakala Indadi Utama (M) Sdn Bhd pula berhasrat  membawa produk SME Malaysia ke Thailand & Indonesia. Kepada yang berminat untuk menyertai program seminar ini sila hubungi Puan Noor Lela Hassan di talian 0326134774 untuk maklumat lanjut.

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.