KKLW, Mara rangka strategi ‘bangsa usahawan’

ISMAIL SABRI

ISMAIL SABRI

KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah merangka pelbagai strategi bagi mencapai wawasan untuk menjadikan masyarakat bumiputera sebagai ‘bangsa usahawan’.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana pencapaian bumiputera dalam bidang keusahawanan ini dilihat masih jauh jika dibandingkan dengan masyarakat lain.

“Dalam bidang industri kita masih melibatkan diri dalam industri kecil dan sederhana tetapi kurang memberi tumpuan kepada industri besar dan berteknologi tinggi yang boleh memberi impak kepada pendapatan negara,” katanya ketika berucap dalam perasmian Anugerah Hari Pendidik Mara 2016 di Hotel Premiera di sini sebentar tadi.

Turut hadir dalam majlis itu Timbalan Menteri KKLW, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad serta kira-kira 1,000 pendidik MARA.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu bagaimanapun keberhasilan wawasan ini tidak dapat direalisasikan dengan begitu mudah tanpa penyediaan modal insan yang berkualiti.

~ Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_29.htm

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.