RM2.3 juta laksana program Usahawan Bergerak golongan belia

 Ismail Sabri Yaakob (lima dari kiri) melancarkan program Usahawan Bergerak untuk belia dalam Majlis Perasmian Karnival Program Peningkatan Pendapatan Ke Arah Menangani Kos Sara Hidup Peringkat Negeri Pahang di Bera, Pahang, semalam.


Ismail Sabri Yaakob (lima dari kiri) melancarkan program Usahawan Bergerak untuk belia dalam Majlis Perasmian Karnival Program Peningkatan Pendapatan Ke Arah Menangani Kos Sara Hidup Peringkat Negeri Pahang di Bera, Pahang, semalam.

BERA 15 Mei – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan sebanyak RM2.3 juta juga pada tahun ini bagi memperkenalkan konsep perniagaan baharu, Usahawan Bergerak kepada golongan belia dalam usaha meningkatkan pendapatan golo­ngan muda di seluruh negara.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui program itu pihak kementerian akan menyediakan motosikal, peralatan dan latihan kepada golongan belia yang layak untuk memulakan perniagaan.
“Untuk program Usahawan Ber­gerak pada tahun ini kita memperuntukkan sebanyak RM2.3 juta yang akan memberi manfaat kepada 230 usahawan muda di seluruh negara.
“Jadi, dengan adanya program ini golongan belia boleh terus me­mu­lakan pelbagai perniagaan se­per­ti perkhidmatan membaiki ke­­­reta, membaiki motosikal dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Karnival Program Peningkatan Pendapatan (PPP) ke arah menangani kos sara hidup peringkat negeri di Laman Kerayong di sini hari ini.
Menurut Ismail Sabri, melalui program tersebut penerima akan diberikan secara percuma sebuah motosikal yang diubah suai mengikut kesesuaian perniagaan yang dijalankan.
Jelasnya, setiap penerima akan diperuntukkan sebanyak RM10,000 meliputi RM5,000 nilai motosikal, RM4,000 nilai peralatan dan RM1,000 untuk kos latihan.
Beliau berkata, program di bawah seliaan GIATMARA itu dilihat amat signifikan bagi menarik minat golo­ngan belia untuk berniaga seterus­nya menjana pendapatan mereka.
“Apa yang dilakukan kementerian adalah untuk membantu mereka memulakan perniagaan dan saya berharap mereka akan dapat mengembangkan lagi perniagaan dari semasa ke semasa.
“Saya berharap pada masa akan datang program di bawah GIATMARA ini akan turut diperluaskan melibatkan agensi-agensi lain di bawah kementerian,” katanya.
Sementara itu, beliau mengingatkan semua penerima bantuan supaya memanfaatkan sumba­ngan diberi dan tidak sesekali menyalahgunakannya dengan men­jual peralatan diberi.
Tegasnya, kementerian akan memantau setiap penerima bagi memastikan program yang dilaksanakan berjaya mencapai matlamat.
– Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rm2-3-juta-laksana-program-usahawan-bergerak-golongan-belia-1.326490

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.