Pelatih GIATMARA dikunjungi jagoan dunia

NICKY Hayden menunjukkan kemahirannya menyediakan roti jala ketika melawat gerai pada Lawatan Kerja Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ke GIATMARA Batu, hari ini. - Foto Yazit Razali

NICKY Hayden menunjukkan kemahirannya menyediakan roti jala ketika melawat gerai pada Lawatan Kerja Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ke GIATMARA Batu, hari ini. – Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Pelatih Pusat GIATMARA Batu Caves menerima motivasi berharga daripada pelumba Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) yang mengunjungi mereka di sini, tengahari tadi. Kunjungan pelumba seperti bekas jagoan MotoGP, Nicky Hayden yang kini bersama pasukan Honda; Alex Lowes (YAMAHA), juara bertahan Jonathan Rea (Kawasaki); dan pelumba tempatan, Zulfahmi Khairuddin. Rombongan jagoan dunia itu disambut kira-kira 200 pelatih yang turut menerima lawatan dari Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Menerusi acara seperti ini, kami harap pelatih dapat menimba ilmu daripada bintang perlumbaan yang hadir seperti Jonathan Rea dan Nicky Hayden. “Harap mereka dapat menjadikan mereka ini sebagai satu sumber inspirasi dari acara sebegini sebagai daya tambah kepada proses pembelajaran mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali. Pusingan enam WSBK dijadual membuka tirainya selama tiga hari di Litar Sepang bermula esok.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/152936

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.