3 minggu bikin Hero

PENGUNJUNG mencuba menaiki motosikal Hero.

PENGUNJUNG mencuba menaiki motosikal Hero.

Melaka: Motosikal rekaan tenaga pengajar dan pelatih Pusat GIATMARA Jasin dinamakan ‘Hero’ menarik perhatian pengunjung Program Pesta Perniagaan GIATMARA di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Sungai Udang, di sini, kelmarin.

Motosikal sepanjang 2.5 meter itu kelihatan seakan sama seperti rekaan kenderaan khas filem adiwira popular Batman hasil idea bersama Mohd Shah Lahmudin, 36, dan dua pelatih pusat latihan teknikal itu pada 2012.

Mohd Shah yang juga tenaga pengajar Teknologi Baik Pulih dan Cat Kenderaan Pusat GIATMARA Jasin berkata, mereka menggunakan enjin motosikal Honda EX5 untuk menggerakkan jentera terbabit.

“Kami memerah otak bersama-sama menghasilkan rekaan dengan melakukan penelitian terhadap puluhan model motosikal tempahan khas (custom made) yang dalam dan luar negara bagi mencari kelainan.

“Kerja membina jentera ini mengambil masa tiga minggu. Komponennya utamanya menggunakan tayar, rim dan ekzos kereta, selain rantai basikal,” katanya.

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.