MRSM Batu Pahat tonjol bakat

ATLET MRSM Batu Pahat bergambar dengan pingat dimenangi.

ATLET MRSM Batu Pahat bergambar dengan pingat dimenangi.

Batu Pahat: Pasukan Maraton Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat (MRSMBP) berjaya melakar beberapa pencapaian ketika menyertai Borneo International Marathon 2016 yang diadakan di Stadium Likas Kota Kinabalu, hujung minggu lalu.

Dua wakil MRSMBP Muhammad Naufal Muhammad Yazid yang menyertai kategori 10km muncul juara dengan catatan 36 minit 07s sambil Afiq Irfan Abd Rahim menduduki tempat ketiga apabila mencatat 38:52s. Tempat kedua dimenangi wakil Sekolah Sukan Sabah dengan catatan 38:23s.

Naufal dan Afiq membawa pulang medal, wang tunai, jam tangan sukan jenama soleus, piala dan barangan sumbangan Milo bernilai RM2,000.

Dua wakil perempuan MRSMBP Zaidatul Haneez Zulkarnain dan Nur ‘Ein Ruzainee pula menduduki tangga ke-20 dan 27 daripada 6,200 peserta dalam kategori 10km.

Jurulatih pasukan Nor Azlan Kimpol berkata, beliau sering mengingatkan atlet MRSMBP untuk mencuba sebaik mungkin kerana peluang untuk menyertai kejohanan tidak akan datang selalu.

“Kami menerapkan latihan secara sistematik dan ia menumpukan kepada soal penjagaan pemakanan, rehat dan pengurusan masa. Persediaan awal dibuat dengan menyertai beberapa pertandingan larian domestik. Ia memberi kelebihan dan kami juga berlepas awal ke Kota Kinabalu bagi menyesuaikan diri dengan perbezaan masa yang agak ketara.

“Jadual latihan di sana sedikit berubah dengan atlet bangun seawal jam 3 pagi dan bersiap untuk latihan ringan selepas solat subuh yang berakhir jam 6 pagi. Waktu petang kami mengadakan latihan di gimnasium,” katanya.

~ Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/135322

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.