Mara Link Kad dilancar

Mumfahir (dua, kanan) melancarkan Mara Link Kad pada Majlis Perasmian Mini Karnival Keusahawanan dan Pendidikan Mara negeri di Seremban Plaza, di sini, semalam.

Mumfahir (dua, kanan) melancarkan Mara Link Kad pada Majlis Perasmian Mini Karnival Keusahawanan dan Pendidikan Mara negeri di Seremban Plaza, di sini, semalam.

SEREMBAN – Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri melancarkan Mara Link Kad bagi memudahkan capaian peluang perniagaan dalam medium pemasaran dan jualan produk.

Pengarah Mara negeri, Mumfahir Suparja berkata, Mara Link Kad yang dilancarkan dengan kerjasama Plan Pelaksanaan Pemerkasaan Transformasi Ekonomi Bumiputera (3PTEB) itu antara inisiatif membantu usahawan Mara meningkatkan prasarana perniagaan berasaskan teknologi maklumat.

“Kita menyarankan setiap usahawan Mara memiliki Mara Link Kad ini bagi memudahkan pengumpulan data mereka secara bersistem di mana banyak kemudahan yang mereka peroleh apabila berdaftar.

“Kita akan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dalam platform yang besar iaitu melalui eMall yang secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan pendapatan sampingan kepada usahawan yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Mini Karnival Keusahawanan dan Pendidikan Mara negeri di Seremban Plaza, di sini, semalam.

Majlis dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Mara (Keusahawanan), Datuk Salmah Hayati Ghazali.

Menurut Mumfahir, Mara negeri merupakan negeri pertama memiliki kad tersebut dan inisiatif itu akan menjadikan maklumat dan data usahawan di negeri ini secara sistematik.

“Usaha ini dapat membantu pihak pentadbiran untuk membuat kawal selia usahawan yang berdaftar dengan Mara secara sistematik.

“Selain itu, pihak pengurusan boleh mencapai laporan yang diperlukan secara atas talian dengan mudah dan cepat sekali gus memartabatkan agenda usahawan bumiputera secara lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Mara menyeru semua usahawan mengambil peluang yang ada ini untuk meningkatkan tahap perniagaan masing-masing dengan lebih maju.

~ Sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/mara-link-kad-dilancar-1.502348

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.