100 Pelajar Tajaan MARA Di Indonesia Meraikan Sambutan 50 Tahun MARA

image3

Program Sambutan 50 tahun MARA disambut meriah bersama kira-kira 100 org pelajar-pelajar di perkarangan Fakultas Kedokteran, Universitas Padjadjaran, Indonesia .
Mini karnival jualan telah diadakan dengan disertai oleh 14 buah ruang jualan yg diuruskan oleh pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar memasak dan menyediakan juadah untuk jualan seperti nasi ambeng, laksa dan pelbagai jenis makanan Malaysia.
Gerai nasi ambeng menjadi tarikan utama dan menjana keuntungan di antara gerai makanan yang lain. Ruang pemeriksaan kesihatan turut mendapat perhatian bagi warga tempatan melakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, gula darah dan BMI.

image1 image2 image4 image5

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.