Konvoi bermotosikal IKMKL. Pupuk semangat berpasukan, disiplin dan patuhi peraturan jalan raya

MUNIRAH HUSAIN (kiri) melepaskan peserta Konvoi Bermotosikal di IKM Kuala Lumpur baru-baru ini

MUNIRAH HUSAIN (kiri) melepaskan peserta Konvoi Bermotosikal di IKM Kuala Lumpur baru-baru ini

SEBAHAGIAN daripada pensyarah dan pelajar yang menjayakan Konvoi Bermotosikal anjuran IKM Kuala Lumpur baru-baru ini

SEBAHAGIAN daripada pensyarah dan pelajar yang menjayakan Konvoi Bermotosikal anjuran IKM Kuala Lumpur baru-baru ini

Sebanyak 80 peserta yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah Institut Kemahiran Mara (IKM) Kuala Lumpur menyertai Konvoi Bermotosikal sempena sambutan ulang tahun Majlis Amanah Rakyat (MARA) Ke-50 baru-baru ini.
Konvoi bermotosikal itu diketuai oleh Hamdan Hamzah dan dibantu Muhammad Hidhir Baharom.
Program anjuran IKM Kuala Lumpur dengan perjalanan sejauh 480 kilometer itu melibatkan laluan bermula dari IKM Kuala Lumpur-Daerah Kuala Selangor-GiatMara Sabak Bernam-Daerah Teluk Intan-Daerah Manjung dan berakhir di IKM Lumut, Perak.
Pengarahnya, Munirah Husain berkata, konvoi yang pertama kali diadakan ini bertujuan memeriahkan sambutan ulang tahun penubuhan Mara ke-50 yang disertai golongan pelajar dan pensyarah selain mahu mencari kelainan.
“Diharapkan konvoi seperti ini akan menjadi ikutan warga IKM di bahagian dan cawangan lain. Selain itu, konvoi ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan pensyarah. Kami juga bercadang menganjurkan lebih banyak program seumpama ini pada masa hadapan,” katanya.
Munirah berkata, kelab bermotosikal sudah lama diwujudkan dan dengan aktiviti konvoi ini fungsinya akan dimanfaatkan sepenuhnya melalui penyertaan pelbagai program.
“Program ini menjadi platform membentuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar universiti selain menerapkan budaya disiplin dan patuh peraturan jalan raya,” tegasnya.
– Sumber: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/konvoi-bermotosikal-ikmkl-1.202959

Advertisements
This entry was posted in Berita Kejayaan. Bookmark the permalink.