Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian persefahaman di antara Universiti Teknikal MARA Sdn Bhd (UNIKL) dan Kyushu Railway Company (JR Kyushu) di Hotel Royale Chulan Damansara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 MAC 2016

Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian persefahaman di antara Universiti Teknikal MARA Sdn Bhd (UNIKL) dan Kyushu Railway Company (JR Kyushu) di Hotel Royale Chulan Damansara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 MAC 2016

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sentiasa mencari peluang untuk menawarkan kursus – kursus mengikut keperluan industri.

Ini bagi memastikan setiap pelajarnya mampu mendapatkan peluang pekerjaan sebaik tamat pengajian.

Menteri Pembangunan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara yang mendapat perhatian ketika ini adalah perkhidmatan awam.

Justeru, Universiti Kuala Lumpur menyediakan pelbagai kursus berkaitan perkhidmatan awam dengan menjalinkan kerjasama dengan pemain-pemain industri ternama sama ada dalam dan luar negara bagi membolehkan para pelajar mendapat ilmu serta pengalaman yang dikehendaki pasaran.

“Kami seboleh-bolehnya mengambil pelajar mengikut keperluan industri kerana mahu memastikan mereka mendapat pekerjaan.

Kami juga mereka program berdasarkan permintaan pasaran,” katanya semasa sidang media selepas menyaksikan pemeteraian kerjasama strategik di antara Universiti Kuala Lumpur dengan penyedia perkhidmatan rel utama Jepun, JR Kyushu di sini hari ini.

Menerusi usahasama tersebut JR Kyushu dan UniKL akan bertukar-tukar teknologi serta memberi tunjuk ajar dan kepakaran kepada jurulatih dan pensyarah.

Usahasama ini adalah untuk memastikan program yang dibangunkan UniKL menepati standard antarabangsa.

Ia juga sebagai antara persediaan kepada pembinaan keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura yang akan dimulakan beberapa tahun lagi.

Sumber : http://malaysiagazette.com/ms/nasional/mara-tawarkan-kursus-ikut-keperluan-industri

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.