Gerai Utusan Malaysia jadi tumpuan

Sebahagian daripada orang ramai yang mengunjungi Gerai Utusan Malaysia semasa Karnival Pendidikan Mara 2016 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan, semalam. – UTUSAN/Rosni Masri

Sebahagian daripada orang ramai yang mengunjungi Gerai Utusan Malaysia semasa Karnival Pendidikan Mara 2016 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan, semalam. – UTUSAN/Rosni Masri

KOTA BHARU 10 Mac – Gerai Utusan Malaysia sempena Karnival Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) 2016 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini yang bermula semalam sehingga hari ini, mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.
Eksekutif Pengurusan Jenama Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., Hazwan Hairul berkata, selain jualan majalah dengan harga promosi, pihaknya turut menyediakan beberapa aktiviti menarik untuk setiap pengunjung.
Menurutnya, sempena karnival ini, pihaknya turut membuka mini studio bagi memberi peluang orang ramai untuk bergambar bersama keluarga mahupun rakan-rakan dengan harga berpatutan.
“Kita juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah yang menjadi salah satu tarikan untuk pengunjung. Untuk cabutan bertuah, kita membuat mekanisme mudah iaitu dengan pembelian RM5 ke atas untuk apa-apa produk terbitan kumpulan Utusan, pengunjung akan mendapat dua kupon cabutan bertuah.
“Lebih banyak kita membeli, lagi banyak peluang untuk memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah seperti gajet, barangan elektrik, produk eksklusif, baucar Starbuck dan sebagainya,” katanya di sini hari ini.
Hazwan berkata, lebih istimewa, gerai Utusan juga menyediakan penebusan hadiah eksklusif bagi menghargai pembaca.
“Cara penebusan hadiah ini adalah dengan mengumpul keratan akhbar dan seterusnya berpeluang membawa pulang produk-produk serta barangan eksklusif Kumpulan Utusan,” katanya.
Sementara itu, Eksekutif Pemasaran Utusan Malaysia cawangan Kota Bharu , Ibrahim Shakbodin berkata, sempena karnival ini, semua majalah Kumpulan Utusan dijual dengan ‘harga runtuh’.
“Sambutan yang kita terima terhadap jualan majalah amat memberangsangkan kerana kita telah mengadakan harga runtuh dengan jualan potongan separuh harga.
“Tawaran harga runtuh ini akan diadakan sepanjang Karnival Pendidikan Mara ini berlangsung di beberapa lokasi di negeri lain,” katanya.
Untuk maklumat dan kemas kini dari semasa ke semasa untuk Karnival Pendidikan Mara, orang ramai boleh merujuk di laman sosial Facebook, Pengurusan Jenama Utusan/Kosmo atau Instagram ­Branding_utusankosmo.
– Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/gerai-i-utusan-malaysia-i-jadi-tumpuan-1.199402

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.