Pelajar MRSM Kota Putera solat gerhana di tepi pantai

Pelajar MRSM Kota Putera solat gerhana di tepi pantai

Pelajar MRSM Kota Putera solat gerhana di tepi pantai

BESUT – Seramai 821 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putera di menunaikan solat sunat gerhana matahari secara berjemaah di tepi Pantai Bukit Keluang pada jam 8.30 pagi ini.

Solat sunat berkenaan diimamkan sendiri oleh guru agama sekolah berkenaan, Ustaz Muhammad Abd Rahim Mohd Zamil sementara kutbah oleh Ustaz Mohd Abdillah Samsui Iman.

Turut menyertai solat itu pengetua sekolah, Nik Jasmi Yaacob.

Terdahulu sebelum itu guru dan pelajar berpeluang melihat fenomena gerhana matahari menggunakan sembilan unit teropong khas yang disediakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem), Terengganu.

Seramai 30 kakitangan Jupem termasuk daripada daerah ini membantu mengendalikan peralatan tersebut.

Gerhana matahari mula kelihatan dari tepi pantai itu bermula jam 7.24 pagi dan berakhir sepenuhnya jam 9.34 pagi.

Peristiwa tersebut adalah pengalaman pertama dilalui oleh semua pelajar dan guru terlibat.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.