Mara lahir 1.2 juta modal insan

ISMAIL SABRI YAAKOB (tengah) bersama kakitangan dan pelajar institusi pendidikan di bawah naungan Mara membaca surah Yasin dalam Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan 50 tahun Mara di Kuala Lumpur, kelmarin.

ISMAIL SABRI YAAKOB (tengah) bersama kakitangan dan pelajar institusi pendidikan di bawah naungan Mara membaca surah Yasin dalam Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan 50 tahun Mara di Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 2 Mac – Majlis Amanah Rakyat (Mara) berjaya melahirkan sebanyak 1.2 juta modal insan dalam pelbagai aspek sejak penubuhannya 50 tahun lalu.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu, Mara juga berjaya melahirkan lebih sejuta usahawan bumiputera dan mewujudkan 30 peratus tenaga kerja dalam pelbagai sektor di negara ini.
Katanya, beliau percaya jumlah tersebut akan terus meningkat pada masa hadapan untuk memastikan agenda memperkasakan bumiputera dalam pelbagai aspek dapat dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.
“Matlamat utama Mara ditubuhkan pada 1966 adalah untuk mening­katkan ekonomi negara.
“Saya percaya dengan komitmen yang ada, Mara akan terus relevan untuk masyarakat bumiputera dan mengangkat martabat orang Me­layu ke peringkat dunia pada masa akan datang.
“Kita merancang untuk mentransformasikan pelan rancangan Mara yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seiring dengan objektifnya untuk memperkasakan agenda bumiputera dan orang Melayu,” katanya semasa berucap dalam Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan 50 tahun Mara, di sini semalam.
Terdahulu beliau bersama-sama lebih 1,000 kakitangan dan pelajar institusi pendidikan di bawah nau­ngan Mara menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah di Dewan Utama, Hotel Primiera, di sini.
Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad.
– Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mara-lahir-1-2-juta-modal-insan-1.196487

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.