MARA Lahirkan 1.2 Juta Modal Insan Berkualiti Sejak 50 Tahun Lepas

YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

YB Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) — Selepas penubuhannya 50 tahun lepas, Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya melahirkan 1.2 juta modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi dalam pelbagi bidang.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain itu, agensi berkenaan melahirkan sejuta usahawan Melayu dan Bumiputera yang berjaya.

“MARA dahulunya adalah hasil inisiatif Kongres Ekonomi Bumiputera yang bertujuan membangunkan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera kerana pada ketika itu, mereka jauh ketinggalan terutamanya dari segi pendidikan.

“Saya percaya MARA pada masa akan datang terus releven demi perjuangan membela nasib orang Melayu dan Bumiputera,” katanya ketika berucap pada majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Sambutan 50 tahun MARA di sini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan Ketua Pengarah MARA Datuk Ibrahim Ahmad.

Kira-kira 1,000 pelajar, pegawai dan pesara MARA juga menghadiri majlis itu.

— > Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1220939

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.