Niat Jadi Sumber Inspirasi

50t

Shah Alam: “Walaupun ada kekurangan, saya mahu membuktikan saya juga boleh melakukannya sekali gus menjadi sumber inspirasi kepada orang lain,” kata Muhammad Hafiz Jamali, 26, peserta orang kurang upaya (OKU) yang menyertai MARA Selangor Fun Ride 2016 di sini kelmarin.

Muhammad Hafiz kehilangan tangan kiri di bawah paras bahu selepas terbabit dalam nahas motosikal pada 2009.

Menurutnya, walaupun tiada tangan kiri, ia tidak menghalang dirinya aktif bersukan terutama berbasikal dan larian.

“Aktiviti sukan ini memotivasikan diri saya bahawa kekurangan diri tidak menghalang melakukan sesuatu yang dirasakan sukar.

“Antara cabaran besar ketika berkayuh adalah apabila hendak minum, saya perlu mengimbangi badan supaya dapat minum sambil berkayuh.

SHAH ALAM 27 FEBRUARY 2016. Peserta acara kayuhan Funride, Muhammad Hafiz Jamali 26. STR/ MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT

SHAH ALAM 27 FEBRUARY 2016. Peserta acara kayuhan Funride, Muhammad Hafiz Jamali 26. STR/ MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT

“Pencapaian tertinggi setakat ini apabila saya dapat mengelilingi Semenanjung dengan berbasikal anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada Mei lalu selama 15 hari,” kata penuntut Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UNIKL MFI) itu.

 

Pelepasan program dilakukan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Ibrahim Ahmad.

Program itu memerlukan peserta berkayuh 25 kilometer bermula dan berakhir di pekarangan bangunan Anggerik Mall, dekat sini.

Sementara itu, peserta lain Lim Mai Jin, 34, berkata, dia teruja menyertai kayuhan santai itu kerana berpeluang mengambil gambar pemandangan di lokasi yang dilalui.

Menurutnya, selain dapat menambah koleksi foto panoramanya, aktiviti itu juga dapat menurunkan berat badannya.

“Sasaran saya menurunkan berat badan 20 kilogram tahun ini dan saya perlu banyak melakukan aktiviti seperti ini,” katanya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/118981?m=1#sthash.zyPBDb1w.dpuf

Advertisements
This entry was posted in Berita Kejayaan. Bookmark the permalink.