Pengambilan awal 200 pelajar di UniMara Jun ini

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KOTA KINABALU: Universiti Majlis Amanah Rakyat (UniMara) akan memulakan pengambilan pelajar pada Jun tahun ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Untuk permulaan, sebanyak 200 pelajar akan diambil untuk universiti yang diwujudkan di bawah program Transformasi Luar Bandar itu,” katanya berucap pada Majlis Solidariti Kegemilangan Mara Sabah di sini malam, tadi. UniMara yang bakal beroperasi tahun ini dan khusus untuk memberi akses pendidikan tinggi kepada anak penduduk luar bandar, akan memfokuskan kepada beberapa bidang antaranya sektor perniagaan, korporat, awam, politik dan teknologi. – BERNAMA

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/120377

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.