MARA Digital Sentiasa Ditambahbaik

PENGUNJUNG memenuhi ruang gerai di Mara Digital, Kuala Lumpur, semalam.

Sejak dibuka pada Disember 2015, MARA Digital berjaya memberi pilihan alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan produk-produk ICT terkini dengan harga yang lebih murah atau setara dengan harga pasaran.

Apa yang menarik, MARA Digital yang membuka ruang kepada peniaga-peniaga muda Bumiputera untuk menceburi bidang peruncitan ICT setakat ini berjaya mencatat jualan melebih RM3.1 juta.
Bagi mempertingkatkan peniaga yang kebanyakannya belia yang masih baru menceburi industri peruncitan barangan ICT ini, pelbagai program bimbingan dan latihan akan diberi oleh pihak MARA agar mereka terus bertapak dan maju dalam industri yang baru mereka ceburi ini.
Antaranya adalah kepelbagaian produk akan ditambah dari semasa ke semasa di samping  penambahbaikan berdasarkan aduan atau cadangan yang diletakkan di ruangan WGN Distribution Centre.
Berkonsepkan mesra pengunjung, tindakan segera turut diambil sekiranya terdapat aduan atau cadangan yang dikemukakan malah perkara ini  menjadi keutamaan bagi memastikan MARA Digital untuk terus maju dan terkehadapan.
Beberapa buah kedai konsep juga sedang dalam penambahbaikan yang mana akan mula beroperasi di awal bulan Mac ini yang bertujuan memberi kepuasan yang lebih kepada pelanggan melalui kepelbagaian produk yang ditawarkan.
MARA Digital berharap semua pihak menyokong pusat ini  dengan memberi komen serta cadangan yang bernas dalam memajukan lagi pusat ini.
Advertisements
This entry was posted in Usahawan and tagged . Bookmark the permalink.