MRSMBP muncul juara kali kelapan

mrsm batu pahat

Batu Pahat: Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat (MRSMBP) mengekalkan kecemerlangan dalam Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Batu Pahat 2016 selepas dinobatkan juara keseluruhan buat kali kelapan sejak 2008.
Mereka merangkul gelaran juara keseluruhan bagi kategori Lelaki dan Perempuan 18 Tahun, manakala dalam Lelaki 15 Tahun, pasukan berkenaan menjadi naib juara keseluruhan dan keenam keseluruhan bagi Perempuan 15 Tahun.

Kejohanan yang berlangsung di SMK Banang Jaya, Batu Pahat itu membabitkan semua sekolah di daerah berkenaan dan disertai lebih 700 pelajar menengah dan rendah.
Saingan kali ini dianggap lebih mencabar kerana sebahagian besar peserta MRSMBP adalah atlet pelapis yang mula dibentuk sebelum cuti persekolahan sesi 2015 lalu.
Jurulatih MRSMBP Nor Azlan Kimpol berkata, latihan secara sistematik selain menerapkan unsur sains sukan, berjaya membuatkan anak buahnya menyerlah kali ini.
“Pemantauan program latihan dibuat secara konsisten termasuk ketika cuti. Masa cuti digunakan sepenuhnya bagi latihan fasa akhir pada sebelah pagi dan petang untuk membentuk pasukan yang mantap,” katanya.
– Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/110387

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.