MRSM Kuantan bina alat bantuan mengajar

Guru pembimbing Wan Buanan Wan Hussain bersama pelajar menunjukan alat bantuan mengajar `Portable Visialiser` yang dihasilkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan.

Guru pembimbing Wan Buanan Wan Hussain bersama pelajar menunjukan alat bantuan mengajar `Portable Visialiser` yang dihasilkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan.

Kuantan: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan alat bantuan mengajar digital ‘Portable Visualiser’ dengan jenama MyEzee.

Alat pemancar menggunakan papan litar keluaran syarikat di Amerika Syarikat itu memberikan kemudahan mengajar kepada guru tanpa perlu menulis seperti yang biasa dilakukan.

Guru pembimbing Wan Buanan Wan Hussain berkata, dia bersama empat pelajar mengambil masa 10 bulan untuk menghasilkan projek berkenaan yang berjaya meraih pelbagai anugerah peringkat negeri dan kebangsaan tahun lalu.

Katanya, versi pertama Portable Visualiser dihasilkan awal tahun lalu dan kini sebanyak empat versi berjaya dihasilkan bagi menaik taraf kepada yang lebih baik serta berkualiti.

Katanya, projek dengan kerjasama koperasi MRSM itu kini mendapat permintaan menggalakkan daripada guru sekolah menengah seluruh negara yang begitu selesa menggunakan alat berkenaan ketika mengajar di kelas.

“Saya dan pelajar kini dalam proses menghasilkan Portable Visualiser versi kelima dianggap terbaik dan mampu memenuhi kehendak guru yang hanya perlu membawa pemacu USB atau pen drive ketika mengajar.

“Portable Visualiser versi kelima yang dijangka dikeluarkan Jun depan bukan saja lebih kecil dan ringan tetapi mempunyai banyak kelebihan lain seperti boleh menerima Internet,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Beliau berkata, empat pelajar tingkatan lima yang terbabit dengan projek berkenaan adalah Ahmad Fathi Azad Arzhad, Muhammad Amir Ashraf Ahmad Syubri, Muhammad Azrai Mahadan dan Muhammad Hakim Eimran Abd Halim.

“Kami bekerjasama menyalurkan idea secara berkumpulan,” katanya.

Wan Buanan berkata, tahun lalu sebanyak 100 unit Portable Visualiser dijual pada harga RM799 seunit dan pihaknya sentiasa menerima tempahan namun disebabkan beberapa faktor pengeluaran dihadkan.

“Produk bertaraf antarabangsa itu diharap menjadi kebanggaan negara terutama dalam bidang pendidikan, dengan harga yang murah ia dapat menjimatkan perbelanjaan negara,” katanya.

– Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/108880?m=1

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.