GiatMara luaskan jalinan kerjasama

Mohd. ROSDI ISMAIL (tiga dari kiri) dan Lim Koon Ho bertukar dokumen perjanjian selepas menandatangani memorandum persefahaman antara Giatmara dan Pembekal Peralatan Bakeri Murni di Kuala Lumpur, semalam. utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI

Mohd. ROSDI ISMAIL (tiga dari kiri) dan Lim Koon Ho bertukar dokumen perjanjian selepas menandatangani memorandum persefahaman antara Giatmara dan Pembekal Peralatan Bakeri Murni di Kuala Lumpur, semalam. utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI

KUALA LUMPUR 19 Jan. – GiatMara akan terus menjalankan kerjasama dengan lebih banyak syarikat dan industri bagi membantu memantapkan sistem latihan di pusat latihannya di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Rosdi Ismail berkata, selain sektor swasta, pihaknya juga akan terus meningkatkan kerjasama dengan syarikat milik kerajaan (GLC) dan agensi-agensi kerajaan.
“Walaupun kita melatih remaja dan belia bumiputera serta kaum pribumi di Sabah dan Sarawak tetapi menerusi kerjasama pakatan pintar ini, ia tidak mengira kaum.
“Kami akan menghantar para pelatih menjalani praktikal atau latihan amali di syarikat multinasional, atau syarikat milik bukan bumiputera tidak kira syarikat itu milik kaum Cina, India dan kaum-kaum lain,’’ katanya.
Mohd. Rosdi berkata demikian ke­pada Utusan Malaysia selepas me­nandatangani memorandum per­sefahaman (MoU) antara GiatMara dan Murni Bakery Equipment Sdn. Bhd. di Kajang dekat sini kelmarin.
Yang hadir sama, Pengarah Urusan Murni Bakery Equipment, Lim Koon Hoo dan Pengarah Komunikasi Korporat dan Perhubungannya, Saiden Osman.
Menurut Mohd. Rosdi, kerjasama dengan Murni Bakery Equipment adalah selari dengan fokus transformasi GiatMara 2016 iaitu pembangunan modal insan dengan memberikan latihan yang selari dengan pasaran industri.
Kerjasama baharu itu diharap dapat meningkatkan usaha GiatMara melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang manisan dan roti.
“Sejak kursus ini diperkenalkan pada 2009, kita melahirkan 4,000 pelatih sehingga tahun lepas dengan pensijilan profesional dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2,’’ katanya.
– Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/giatmara-luaskan-jalinan-kerjasama-1.181303

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.