MARA Digital jana jualan RM1.7 juta

ISMAIL SABRI (tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada salah seorang pegawai baharu kementerian pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKLW di Putrajaya semalam.

ISMAIL SABRI (tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada salah seorang pegawai baharu kementerian pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKLW di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA – Nilai jualan di Mara Digital mencecah RM1.7 juta dalam tempoh sebulan beroperasi sejak dibuka pada 8 Disember lalu, sekali gus membuktikan pusat sehenti penjualan gajet dan alat telekomunikasi itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pusat yang beroperasi di Menara Mara Kuala Lumpur itu menempatkan sebanyak 38 usahawan bumiputera yang menawarkan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini.

Beliau berkata, Mara Digital turut melibatkan penyertaan lima syarikat telekomunikasi iaitu Maxis, Celcom, DiGi, Umobile dan Red One serta dua perkhidmatan penyedia rangkaian internet iaitu P1Wimax dan Fiber@Home.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3xegAp1HM

Advertisements
This entry was posted in Pelaburan, Usahawan and tagged . Bookmark the permalink.