Bekas pelatih GIATMARA jadi jutawan

Mohamad Merjuki

Mohamad Merjuki

SEGAMAT 14 Jan. – Masyarakat perlu mengikis tanggapan lama kononnya GiatMara merupakan pusat latihan kelas dua yang menjadi pilihan terakhir bagi lepasan sekolah untuk menyambung pengajian, terutamanya dalam bidang kemahiran.

Pengarah GiatMara negeri, Mohamad Merjuki Kasanwidi (gambar) menegaskan, tanggapan tersebut ternyata tidak benar kerana terlalu ramai bekas pelatih GiatMara cemerlang dalam kerjaya sehingga sebahagian daripadanya sudah menjadi jutawan.

“Ramai bekas pelatih GiatMara telah berjaya dalam bidang kemahiran, termasuk menjadi jutawan hasil didikan yang mereka peroleh di pusat latihan berkenaan.

“Tidak dinafikan terdapat keraguan dalam kalangan masyarakat terhadap sijil kemahiran yang dikeluarkan oleh

GiatMara kerana mereka mungkin kurang memahami atau mengenali dengan lebih dekat tentang institut ini.

“Sebenarnya sijil yang dikeluarkan oleh GiatMara adalah setaraf dengan kolej kemahiran lain dan pemegang sijil itu mampu pergi lebih jauh dalam bidang kemahiran,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata, masyarakat tidak sepatutnya memperlekehkan pelatih GiatMara kerana semakin ramai daraipada mereka memiliki empayar perniagaan tersendiri, bukan sahaja di peringkat tempatan, tetapi berstatus antarabangsa.

Menurutnya, antara matlamat kerajaan mewujudkan GiatMara bagi melahirkan golongan muda berkemahiran serta usahawan dalam lebih 20 bidang kemahiran yang ditawarkan oleh pusat latihan berkenaan.

Mohamad Merjuki berkata, pihak pengurusan GiatMara sentiasa komited memastikan kehadiran pelatih di GiatMara untuk menguasai bidang kemahiran yang dipelajari bukan sekadar untuk memperoleh sijil semata-mata kerana sijil tersebut hanya sebagai bukti bahawa mereka pernah mempelajari sesuatu kemahiran.

– See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/usahawan/bekas-pelatih-8232-jadi-jutawan-1.179588#sthash.DcYgnvu1.dpuf

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.
%d bloggers like this: