MARA Digital Menarik Minat Generasi Muda

Screen Shot 2016-01-15 at 5.25.03 PM

 

Petaling Jaya, 15 Jan. – YB Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW), YB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob berada di Studio MHI Sri Pentas untuk mengulas lanjut tentang penubuhan MARA Digital.

MARA Digital, sebuah pusat IT yang terletak di Bangunan Menara MARA, Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur telah memulakan operasi sebulan yang lepas mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga kota.

Menurut beliau “Peluang perniagaan yang telah diberikan kepada usahawan IT di MARA Digital telah mencetuskan satu hubungan simbiosis antara usahawan IT dan pihak MARA”.

Bukan sahaja dapat memberikan satu alternatif bagi masyarakat di sekitar Kuala Lumpur untuk mendapatkan barangan IT, MARA Digital telah menjadi daya tarikan yang juga menguntungkan penghuni premis perniagaan yang sedia ada di Menara MARA.

Kewujudan pusat IT ini telah menarik minat generasi muda untuk berkunjung ke Menara MARA yang sebelum ini hanya dikenali sebagai pusat penjualan barangan wanita dan butik.

Kini, dengan anggaran sekitar 5000 pengunjung setiap hari, Medan Mara kembali hidup dengan tarikan perniagaan IT yang menepati kehendak pasaran.

Para pengunjung juga tidak perlu risau dengan kualiti dan keaslian barangan jualan yang dipamerkan di MARA Digital. Setiap barangan yang dijual di MARA Digital dipantau oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam memastikan tiada peniaga yang menjual barangan tiruan.

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.