MARA Selangor Juara Pertandingan Nasyid Sempena Sambutan Awal Muharam Peringkat MARA 2015

Sambutan Awal Muharam peringkat MARA 2015 telah berlangsung dengan meriah pada 27 Oktober (Selasa) bertempat di Dewan Besar, MARA Japan Industrial Institute (MJII), Beranang. Program yang bertemakan ‘Pengamalan Integriti dan Penghayatan Wasatiyyah’ ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zanudin bin Ab Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA. Sambutan yang dihadiri 1,300 warga kerja dan pelajar MARA ini turut diserikan dengan forum oleh barisan pendakwah selebriti seperti Heliza Helmi, Fazli UNIC dan Ustaz Zamri Mantop. Hadiah sempena pertandingan nasyid anjuran MARA turut disampaikan sempena sambutan ini. MARA Selangor telah mengungguli pertandingan ini dengan menggondol tempat pertama di samping menerima anugerah kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik. Tempat kedua dimenangi oleh MARA wilayah persekutuan manakala tempat ketiga dimenangi oleh MARA Perak.

YBhg. Datuk Zanudin bin Ab Rahim (dua dari kiri) menyampaikan hadiah Juara Pertandingan Nasyid Peringkat MARA sempena Sambutan Awal Muharam MARA 2015

YBhg. Datuk Zanudin bin Ab Rahim (dua dari kiri) menyampaikan hadiah Juara Pertandingan Nasyid Peringkat MARA sempena Sambutan Awal Muharam MARA 2015

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.