MARA KETENGAH International College (MKIC) dirasmikan

Bandar Al-Muktafi Billah Shah, 27 Oktober – Usaha membangunkan modal insan yang holistik serta bertaraf global diteruskan melalui penubuhan MARA KETENGAH International College (MKIC). Institusi ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi MARA, mewakili Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada satu majlis di sini hari ini.

MKIC merupakan institusi pendidikan tinggi yang ditadbir urus oleh MARA Excellent Ventures Sdn. Bhd (MEX) telah memulakan operasi pada 1 Julai 2013. Antara kursus yang ditawarkan kolej ini adalah persediaan A Level Cambridge yang diiktiraf di peringkat antarabangsa di bawah tiga bidang professional iaitu, arkitek, perakaunan dan ekomoni.

Kewujudan MKIC bukan hanya memberi manfaat kepada para pelajarnya, tetapi juga kepada penduduk setempat melalui pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan yang diwujudkan. Integrasi antara program pendidikan dan keusahawanan melalui kewujudan MKIC ini jelas membuktikan MARA selaku “Socioeconomic Engineering Agency’ yang konsisten dalam memartabatkan bangsa.
Syabas MKIC.

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Haji Musa menekan butang gimik sebagai tanda perasmian MKIC

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Haji Musa menekan butang gimik sebagai tanda perasmian MKIC


YB Tan Sri Pengerusi MARA, bersama para pelajar MKIC.

YB Tan Sri Pengerusi MARA, bersama para pelajar MKIC.

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.