SEMINAR KREATIF PATUH SYARIAH

Kuala Lumpur, 2 Oktober – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menggalakkan penggiat industri kreatif untuk menghasilkan karya seni TV dan hiburan yang patuh kepada syariah dengan menganjurkan Seminar Kreatif Patuh Syariah di sini hari ini.

Berdasarkan perkembangan semasa, industri kreatif di Malaysia masih terdedah dengan budaya yang negatif serta bertentangan dengan syariah seperti penggunaan bahasa yang tidak sesuai, unsur-unsur tahyul, ganas dan sebagainya sekali gus menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan moral kepada masyarakat.

Justeru, seminar ini merupakan platform rangsangan percambahan idea dan sumbangan ke arah mewujudkan industri kreatif patuh syariah yang bersifat holistik dan universal. Input bernilai yang terhasil menerusi seminar ini juga boleh diguna pakai oleh agensi atau penggiat industri kreatif.

Seminar yang berlangsung pada 2 hingga 3 Oktober ini dianjurkan dengan kerjasama Institut Kajian Strategik Islamik Malaysia (IKSiM) serta Jabatan Syariah Bank Muamalat Malaysia bertempat di Hotel Premiera, Menara MARA, Kuala Lumpur.

YBhg. Dato’ Mohid Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, mewakili Menteri Komunikasi dan Multimedia telah merasmikan seminar ini yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah MARA YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad.

YBhg. Dato’ Mohid Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerima Buku Garis Panduan Patuh Syariah Bagi Kandungan Media dan Hiburan 2015 bagi industri kreatif sempena Majlis Perasmian Seminar Kreatif Patuh Syariah. Turut hadir, YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA (kiri).

4U7A1612
4U7A1611
4U7A1748

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.