MRSM Beroperasi Seperti Biasa, Tiada Aktiviti Luar

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) beroperasi seperti biasa namun tiada aktiviti luar bilik darjah berikutan keadaan jerebu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata memandangkan MRSM melaksanakan Pendidikan Secara Asrama Penuh Berstruktur, maka persekolahan di semua MRSM beroperasi seperti biasa.

“Pada masa ini, pelajar MRSM sedang giat mengulang kaji pelajaran sebelum menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

“Bagaimanapun, pelajar tidak dibenar menjalankan kegiatan di luar bilik darjah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ismail Sabri berkata, pengurusan MRSM sentiasa memantau tahap kesihatan pelajar, selain membekalkan topeng muka kepada mereka serta menggalakkan mereka minum lebih banyak air.

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.