MARA buka peluang kepada Usahawan Gadjet

Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuka peluang kepada usahawan yang ingin menceburi perniagaan dalam bidang komunikasi dan teknologi. Oleh itu, satu Pusat Jualan Teknologi Maklumat (IT) bakal diwujudkan di Menara MARA yang menumpukan penjualan dan pemborongan alat-alat telekomunikasi dan pembaikan komputer dijangka beroperasi sepenuhnya pada Disember ini. Sebanyak 30 ruang jualan yang ditempatkan di tingkat tiga Menara MARA sekaligus memberi peluang kepada usahawan dan peniaga Bumiputera untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulas bahawa “Sekiranya sambutan menggalakkan, kita akan menimbangkan untuk membuka satu lagi tingkat kepada usahawan Bumiputera untuk menjalankan perniagaan itu”. Malah menurut beliau, keutamaan akan diberikan kepada usahawan dan peniaga Bumiputera, jika ada penyertaan dari bukan Bumiputera, pihak MARA akan mempertimbangkan.

Dalam masa yang sama, orang ramai masih berpeluang mengemukakan cadangan nama bagi pusat berkenaan sehingga 30 September ini. Pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM5000, RM3000 bagi tempat kedua dan RM1000 bagi tempat ketiga.

A34T9328
YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.