Perhimpunan Bulanan Bersama Pengurusi MARA

22 September 2015: Perhimpunan Bulanan MARA yang diadakan di Kampus German Malaysian Institute untuk bulan September 2015 ini telah berlangsung dengan jayanya. Himpunan bulanan ini dirasmikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa (Pengerusi MARA). Antara acara yang berlangsung di dalam perhimpunan kali ini ialah penyampaian anugerah Institusi Pendidikan MARA IPMa Cemerlang dan juga amanat daripada YB Tan Sri Pengerusi MARA.
Diantara pesanan yang diberikan oleh YB Tan Sri Pengerusi MARA ialah agar warga MARA sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam memikul amanah yang telah diberikan untuk kesejahteraan rakyat.
Warga MARA turut digesa untuk sentiasa mempraktikkan integriti dalam segala hal dan bersedia untuk mendukung tanggungjawab demi kelestarian bangsa, agama dan negara.
Selain dari itu YB Tan Sri Pengerusi MARA juga mengingatkan agar segala usaha dipergiat oleh pihak pengurusan MARA dan ketiga-tiga sektor (Pendidikan, Pelaburan dan Keusahawanan) untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan bermutu tinggi kepada masyarakat.
Perhimpunan Bulanan
perhimpunanbulanan112011225_910079502361435_7017693518619395306_n

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.