JOM SERTAI KAYUHAN MERDEKA MARA 2014

10620003_718617621507625_5451848134697740037_o

Sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia kali ke-57, MARA akan menjalankan Program Kayuhan Merdeka 2014 pada 7 September 2014 (Ahad) bermula jam 7.15 pagi di Ibu Pejabat MARA. Kayuhan ini akan turut disertai YBhg.Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA. 

Penyertaan terbuka kepada semua warga MARA, anak syarikat dan subsidiari MARA. Penyertaan terhad untuk 200 orang. Pihak penganjur akan menyediakan 100 basikal untuk pendaftaran terawal.  Walau bagaimanapun perserta digalakkan untuk membawa basikal sendiri.

Kayuhan akan bermula dari Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut dan menyusuri laluan yang digunakan DBKL bagi KL Car Free Morning. 

Kepada yang berminat untuk mengikuti program ini sila sertakan maklumat berikut: Nama, No.KP, Pusat/Bahagian, Basikal sendiri/MARA, No.HP melalui emel merdeka@mara.gov.my. Tarikh tutup penyertaan 2 September 2014.

Sebarang pertanyaan hubungi 012-6816019 (Azurawani), 019-6757112 (Nor Zuriati) 019-2270074 (Siti Zaleha).

Advertisements
This entry was posted in Korporat and tagged , . Bookmark the permalink.