MARAtv : Salam Perantauan

salam-perantau

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, MARAtv akan mengadakan rancangan Salam Perantauan khas kepada pelajar-pelajar tajaan MARA di luar negara. Sehubungan itu, MARAtv memerlukan video-video ucapan raya anda untuk dimuatkan dalam rancangan Salam Perantauan yang akan disiarkan di MARAtv.

Jika anda ingin menyertai rancangan ini, sila ikuti maklumat yang diperlukan seperti di bawah :

Short Video : Individu atau kumpulan
Duration : Unlimited
Format Video : Dicadangkan dihantarkan melalui pautan atau link Youtube (Video anda yang telah upload atau dimuatkan dalam Youtube)
Ucapan Raya : Pelajar memperkenalkan nama, universiti, semester/bidang pengajian dan ucapan kepada keluarga, sahabat atau sebagainya. Anda digalakkan mengakhiri ucapan dengan “Terima kasih MARA” dan “MARAtv Disini Bermulanya Kecemerlangan”

Tarikh akhir perhantaran video : 16 Julai 2014

Emailkan kepada nordiyana@glocal-link.com.my

Advertisements
This entry was posted in Pelaburan, Pendidikan, Usahawan and tagged , , . Bookmark the permalink.