Jalin Kerjasama Akademik

UNIKL_21.4

Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) memeterai memorandum persetujuan (MoA) dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), bagi menjalankan program Diploma Industri Logistik di kolej itu menjelang 2015.

Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ), Abdul Alim Abd Shukor berkata , memorandum itu menjadikan KYPJ kolej francais program UniKL untuk tempoh enam tahun .

“program itu bakal menjadi tarikan terbaru KYPJ berdasarkan kepesatan pembangunan sector logistic negara ketika ini yang membabitkan sector perniagaan dalam hab kargo udara dan kontena pelabuhan,”katanya.

Pada majlis di Dewan Kuliah Tanjung Puteri, UniKl Bandar Seri Alam itu, KYPJ diwakili Ketua Eksekutifnya, Abdul Razak Mohd Saad manakala UniKL diwakili Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Profesor Dr Mazliham Mohd Suúd.

Majlis menandatangani memorandum itu disaksikan Pengerusi UniKL , Datuk Dr Adham Baba, Abdul Alim dan Dekan UniKL Institusi Teknologi Industri Malaysia(MITEC), Profesor Datuk Dr Mohd Mansor Salleh.

Abdul Ali berkata, program tia tahun itu akan dijalankan di Sekolah Pengurusan Sains Sosial KYPJ di Kampung Ungku Mohsin , Johor Bahru sebelum berpindah ke kampus induk KYPJ di kilometer 16, Jalan Kulai – Kota Tinggi delam tempoh terdekat.

Menurutnya, syarat kemasukan bagi kursus itu adalah lima kredit dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).

Sumber Artikel & Gambar >> HARIAN METRO 21/4/2014

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , . Bookmark the permalink.